fbpx

Bimbang kes Covid-19 di Malaysia, Farahdhiya luah hasrat untuk ke London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farahdhiya pernah terfikir untuk meninggalkan negara ini dan menetap bersama ibunya di London, England kerana bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya mengakui terlalu bimbang dengan peningkatan kes harian dan kematian akibat Covid-19 di Malaysia sehingga membuatkan dia terfikir untuk meninggalkan negara ini dan menetap bersama ibunya di London, England.

Ujar Farahdhiya, 37, ibunya, Aishah Abdullah yang kini menetap di London ada meminta dia dan abangnya untuk berhijrah dan tinggal bersamanya di London memandangkan situasi Covid-19 di negara ini semakin buruk.

“Ibu saya yang jauh di London terlalu risau dengan keadaan kamu dua beradik di sini sampai suruh balik sana (London) duduk bersamanya buat masa ini sehingga keadaan reda,” ujarnya dalam Instagram.

Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa dipendam Farahdhiya memandangkan Malaysia masih lagi menutup pintu sempadan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Ujar pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, setiap malam dia sukar untuk tidur kerana dihantui perasaan takut melihat kes kematian akibat Covid-19 dan bimbang memikirkan orang-orang yang dia sayangi.

“Saya seorang yang ambil berat. Hari-hari saya tengok berita tentang perkembangan Covid-19. Tapi sekarang saya takut untuk ambil tahu, takut untuk mendengar keputusan harian Covid-19. Terlalu takut melihat kes kematian semakin hari sekamin meningkat.

“Saya sedih memikirkan orang-orang yang kehilangan insan tersayang sampai saya susah untuk tidur malam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Farahdhiya turut meluahkan rasa hairan melihat pelaksanaan lockdown pada kali ini apabila mendakwa masih ada lagi sector ekonomi tidak penting yang dilihat masih beroperasi secara penuh.

Ujar Farahdhiya, dia berasa hairan apabila masih ada lagi sector yang tidak perlu dibuka tetapi diberi kebenaran untuk beroperasi.

“Terlalu banyak kilang yang masih dibuka. Pekerja yang dipaksa untuk bekerja walaupun sepatutnya mereka perlu berada di rumah.

“Kepada yang berkenaan, kasihanilah para petugas barisan hadapan. Sebelum mereka rebah, buatlah sesuatu. Kasihanilah kami semua. Tidak takutkan kita semua kalau perkhidmatan kesihatan negara kita lumpuh?” katanya.

Sehubungan itu, Farahdhiya menggesa pihak kerajaan supaya melakukan lockdown sepenuhnya dengan tegas seperti yang pernah dibuat pada tahun lalu supaya rantaian penularan Covid-19 dapat diputuskan dengan berkesan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN