fbpx

Sime Darby Motors, SpareXHub adakan promosi alat ganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAN (tiga dari kiri) bersama kepimpinan tertinggi Sime Darby Motors dan SpareXHub pada majlis pelancaran promosi alat ganti baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sime Darby Motors dan platform e-dagang, SpareXHub menganjurkan jualan penghabisan stok dengan po­tongan harga sehingga 90 peratus untuk alat ganti tulen lama jenama Ford dan Hyundai.

Jualan secara dalam online itu berlangsung sehingga 10 Jun ini.

Lebih 3,000 alat ganti Hyundai dan 4,000 alat ganti Ford ditawarkan dalam promosi tersebut.
Ia merangkumi penapis, sensor dan alat ganti aksesori seperti bampar kenderaan dan cermin hadapan.

Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Malaysia, Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, syarikat telah melangkah ke arah transformasi digital dalam banyak aspek perniagaannya dan mengintegrasikan pilihan pembelian secara digital dalam operasi sedia ada.

Tambah beliau, inisiatif hibrid bersama SpareXhub membantu syarikat memenuhi keperluan pe­langgan secara online dan perniagaan khidmat selepas jualan untuk mendapatkan alat ganti tulen terpilih.

“Perkhidmatan selepas jualan merupakan bidang penting dalam perniagaan Sime Darby Motors.

“Inisiatif ini akan membo­lehkan pelanggan kami menyelenggara kenderaan mereka menggunakan alat ganti tulen yang disarankan pengeluar walaupun waranti kenderaan telah tamat.

“Sehubungan itu, para pelanggan kami boleh terus menikmati aspek ­prestasi, keselesaan dan ke­selamatan kenderaan mereka tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI