fbpx

AS kutuk pencerobohan pesawat China di ruang udara Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Luyshin LL-76 milik tentera udara China yang masuk ke ruang udara Kota Kinabalu minggu lalu. -Asian Military Review

SYDNEY – Komander Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat (AS) mengutuk tindakan pesawat tentera China yang menceroboh ruang udara Malaysia yang disifatkan sebagai ‘sengaja’ dan mengancam kestabilan.

Pada 31 Mei lalu, 16 buah pesawat ketenteraan milik China telah terbang di zon udara Maritim Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah.

Jeneral Kenneth Wilsbach berkata, kegiatan itu boleh ‘ditambah dalam senarai aktiviti provokasi dan tidak stabil’ dari China.

“Kami telah membuat perhitungan dan apabila kita melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya seperti masuk ke ruang udara negara lain, kita harus mengaku salah,” kata Wilsbach.

Beijing bagaimanapun berkata pesawat yang dikesan di Sabah itu sedang melakukan rutin latihan dan tidak memasuki ruang udara Malaysia.

Beijing tidak mengendahkan keputusan tribunal antarabangsa 2016 yang mengatakan bahawa tuntutan sejarah yang dibuat ke atas hampir seluruh Laut China Selatan adalah tidak berasas.

Terdapat kebimbangan dari Barat bahawa dengan sistem ketenteraan yang semakin hebat di China, ia mungkin merebut semula Taiwan.

Bagi tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, kekerapan pesawat China terbang di selat itu meningkat secara mendadak, sekaligus membebani kemampuan pertahanan udara Taiwan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI