fbpx

Hanya 21.86 peratus permohonan syarikat  beroperasi diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 586, 308 syarikat dengan sejumlah 10.2 juta tenaga kerja mendaftar di bawah Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang ditadbir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) setakat 7.30 pagi tadi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 21.86 peratus atau 128,150 syarikat melibatkan 1.57 juta pekerja memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.

“Surat kelulusan beroperasi bukan sahaja dikeluarkan oleh MITI setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang menggunakan CIMS 3.0, tetapi ada juga yang dikeluarkan oleh kementerian lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan menyenaraikan 17 senarai perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 3.0  dengan kapasiti tenaga kerja dihadkan kepada 60 peratus.

Sektor yang dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) meliputi sektor pembuatan; pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi, pembinaan dan perdagangan pengedaran.

“Ini bermakna pelbagai sektor ekonomi di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Kementerian Kerja Raya (KKR) dibenarkan beroperasi dalam tempoh perlaksanaan PKP 3.0 ini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan sektor kimia serta elektrik dan elektronik (E&E) dikategorikan sebagai perkhidmatan penting kerana sektor tersebut berkait rapat dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI