fbpx

BCL berbikini, netizen mohon kasihankan Ashraf Sinclair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA CITRA LESTARI berkongsi momen indah di Bali menerusi Instagramnya.

JELITAWAN Indonesia, Bunga Citra Lestari menarik perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto berbikini  ketika sedang bercuti dalam Instagramnya.

Dalam perkongsian tersebut, Bunga atau lebih mesra disapa BCL kelihatan berada di atas sebuah bot di tengah-tengah lautan.

“Lautan adalah apa yang saya mahukan. Cantik, misteri liar dan bebas,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian foto yang dipercayai di Bali tersebut mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada peminatnya gara-gara penampilannya yang disifatkan terlalu seksi.

Rata-rata peminatnya meminta supaya penyanyi serta pelakon berstatus balu itu menghormati dan mengasihani arwah suaminya yang juga pelakon asal Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya berasa sedih dan terkejut melihat penampilan BCL berpakaian bikini dan meminta supaya dia menjaga adab dan sedar tentang status dirinya.

“Alangkah bagusnya kalau berpakaian yang lebih sopan. Kasihan pada Almarhum Ashraf,” kata salah seorang pengguna Instagram.

DIFAHAMKAN BCL kini sedang menikmati percutian di Bali.

Ada juga komen daripada peminatnya tertanya-tanya tentang perubahan mendadak penyanyi lagu 12 Tahun Terindah itu apabila tampil semula dengan imej seksi.

“Kenapa jadi begini kak?” soal seorang peminat terhadp aktres Habibie & Ainun itu.

BCL mendirikan rumah tangga bersama Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamed Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 11.

Ashraf meninggal secara mengejut pada 18 Februari tahun lalu akibat serangan jantung sekitar pukul 4 pagi di rumahnya di Pejaten Barat, Jakarta Selatan, Indonesia. Selepas lebih setahun kematian suami, BCL sempat digosipkan menjalin hubungan istimewa dengan Ariel Noah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI