fbpx

600 PPV menjelang akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Amzad (tiga dari kanan) berbual mesra dengan seorang warga emas yang akan disuntik vaksin Covid-19 di PPV PSKT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan menyasarkan untuk menambah 243 lagi pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara pada masa terdekat dalam usaha mencapai matlamat 80 peratus rakyat menerima suntikan vaksin Covid-19  menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, ia bertujuan bagi mempercepatkan program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi membentuk imunisasi kelompok.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 357 PPV telah dibuka di seluruh negara termasuk tiga berstatus mega iaitu mengendalikan sekurang-kurangnya 8,000 suntikan vaksin sehari.

“Kita menyasar untuk mempunyai 600 PPV kekal di seluruh negara sebelum akhir tahun ini sebagai langkah proaktif meningkatkan kapasiti pemberian vaksin.

“Lebih banyak PPV baharu akan dibina dalam masa terdekat termasuk lima bersaiz mega yang akan mula beroperasi pada 7 Jun ini,” katanya selepas memantau perjalanan PPV Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Amzad berkata, lima PPV mega tersebut ialah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen The Mines, Pusat Konvensyen Setia Alam dan Universiti Teknologi Mara Puncak Alam yang kesemuanya terletak di Lembah Klang.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, kerajaan juga akan melakukan pendekatan membuka lebih banyak PPV sementara terutama di kawasan pedalaman.

“Antara cadangan ialah membuka PPV sementara di masjid-masjid di lokasi strategik di seluruh negara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI