fbpx
Anggota bomba sedang membantu mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak yang tersangkut dalam lubang tandas dalam kejadian dj Jalan Delima 19, Taman Kota Masai, Johor Bahru, Johor semalam.

Seksa 30 minit tahan sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit selepas kaki kanannya tersangkut pada lubang tandas dalam kejadian di Jalan Delima 19, Taman Kota Masai, di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu yang berlaku di sebuah rumah pukul 6.40 petang.

Katanya, ahli keluarga kanak-kanak itu bertindak menghubungi pihaknya setelah gagal cuba mengeluarkan kaki kanan yang tersangkut di dalam lubang tandas.

“Ketika bomba tiba di lokasi kejadian, didapati kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun tersangkut di dalam lubang tandas.

“Kita melakukan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas sebelum kakinya berjaya dibawa keluar dengan selamat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi itu ditamatkan pada pukul 7.32 malam.-K! ONLINE

POPULAR