fbpx

Menantu bilionair Britain didakwa bunuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hartin (kiri) berdepan dakwaan menyebabkan kematian kerana cuai terhadap Jemmott (kanan) ketika kedua-duanya sedang minum di sebuah dermaga. -The Sun

SAN PEDRO, BELIZE – Menantu kepada seorang bilionair Britain, Lord Ashcroft, didakwa atas tuduhan membunuh seorang anggota polis selepas mayat lelaki itu ditemui terapung di laut dekat bandar San Pedro, lapor akhbar The Sun hari ini.

Jasmine Hartin, 32, berdepan dakwaan menyebabkan kematian kerana cuai terhadap Henry Jemmott ketika kedua-duanya sedang minum di sebuah dermaga.

Menurut media tempatan, ketika kejadian, Hartin dikatakan sedang mengurut bahu Jemmott apabila anggota polis itu meminta Hartin mengembalikan pistolnya.

Wanita dari Kanada itu kemudiannya dikatakan secara tidak sengaja tertembak belakang kepala Jemmott.

Lelaki itu rebah di atas tubuh Hartin. Wanita itu kemudian menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam laut.

Hartin ditemui di lokasi kejadian dalam keadaan sedang menjerit serta pakaiannya dipenuhi darah. 

Sementara itu, adik Jermott, Marie Jemmott Tzul menafikan mangsa dan Hartin menjalinkan hubungan intim. Dia sebaliknya mengatakan bahawa abangnya mengenali Hartin sebagai teman biasa.

Peguam Hartin, Godfrey Smith memberitahu media bahawa ikat jamin terhadap Hartin telah ditolak.

“Dia didakwa atas tuduhan membunuh akibat kecuaian. Jaminan ke atasnya turut ditolak. Kami membuat permohonan di  Mahkamah Agung,” katanya.

Hukuman bagi kesalahan membunuh di Belize adalah penjara selama 25 tahun, namun Hartin juga boleh didenda kira-kira $20,000 dolar Belize (RM40,947).

Seorang sumber memberitahu, Hartin berkemungkinan dijatuhi hukuman penjara maksimum lima tahun. 

Sementara itu, Ashcroft yang kini menetap di Belize masih tidak memberikan sebarang komen mengenai insiden tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI