fbpx

Jangan timbulkan masalah sepanjang total lockdown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI mengingatkan pasukan Liga M yang terpalit di zon PKPD perlu mencari venue baharu perlawanan bagi saingan Liga Super dan Liga Premier.

PASUKAN Liga Malaysia (Liga M) boleh menarik nafas lega apabila kerajaan kekal memberi kebenaran untuk meneruskan latihan secara camp-based training (kem latihan berpusat) sepanjang tempoh 14 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown Fasa Perama mulai hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, kelonggaran camp-based training itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara dijalankan.

“Demi keselamatan serta kesihatan pegawai dan pemain, hanya latihan pasukan berpusat sahaja dibenarkan, manakala lain-lain aktiviti seperti perlawanan persahabatan atau apa-apa aktiviti merentas daerah atau negeri tidak dibenarkan sama sekali sehingga diputuskan berlainan kelak.

“Sehubungan itu, MFL menggesa semua pasukan memberi kerjasama baik agar mematuhi SOP yang dikuatkuasakan serta memberi kerjasama kepada agensi kerajaan dan komisioner perlawanan yang dilantik oleh untuk menjalankan tugas memantau pelaksanaan SOP di peringkat pasukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Ab. Ghani turut meluahkan penghargaan atas keprihatinan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengekalkan kelulusan yang telah diberikan kepada pasukan Liga M meneruskan latihan ketika total lockdown ini.

Katanya, kelonggaran tersebut memberi kelegaan buat pasukan dalam membuat persiapan sebelum Liga M kembali bersambung Julai depan berikutan penglibatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Terengganu FC (TFC) dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC.

“Sebarang kecuaian atau pelanggaran SOP akan mengakibatkan pasukan boleh dikenakan tindakan oleh MFL atau kerajaan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),” katanya.

Setakat ini, tujuh pasukan Liga M iaitu JDT, KDA FC, TFC, UiTM FC, TFC II dan PDRM FC telah diberikan lampu hijau oleh MFL untuk mengadakan camp-based training.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI