fbpx

E-Belia ‘trending’ di laman Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
E-Belia mula tular di laman Twitter pada hari ini dan rata-rata pengguna laman Twitter tidak sabar untuk menuntut e-tunai sebanyak RM150 yang diberikan oleh kerajaan.

PETALING JAYA – Bantuan kerajaan yang dinantikan oleh para pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan belia iaitu e-Belia kini ‘trending’ di laman Twitter baru-baru ini.

Bantuan sebanyak RM150 yang diberikan oleh kerajaan khususnya kepada belia di negara ini boleh dituntut bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021. Ia boleh dituntut di mana-mana aplikasi e-tunai seperti ShopeePay, Touch ‘n Go eWallet, BigPay dan juga Boost.

Rata-rata pengguna laman Twitter tidak sabar mahu menuntut e-tunai tersebut untuk kegunaan pembelajaran mahupun perbelanjaan secara online dan mereka dari awal pagi sudah menghantar ciapan untuk menuntut e-tunai tersebut.

“Saya dah tebus e-Belia. Terima kasih. Sayang e-Belia,” ciap @_nrainazahar di laman Twitter.

“Alhamdulillah, pagi yang amat baik untuk saya mulakan pada hari ini. Saya dapat tebus e-Belia saya dan dapat buat terapi saya pada hari ini. Saya amat gembira dan saya juga sudah selesai membuat permohonan universiti,” ciap @ey3shuh.

“Saya tidak dapat tidur sepanjang malam untuk tuntut e-Belia dan ada segelintir yang ada isu teknikal?” ciap @yaboilando3.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @nas_addina, berkata, proses e-Belia ini amat mengecewakan. Mereka boleh sahaja masukkan duit tersebut terus ke akaun bank kami.

“Mengapa mereka tidak boleh beri RM150 kepada kami yang boleh masuk dalam akaun bank? Bukan semua orang mahu berbelanja, ada yang mahu menyimpan juga,” ciapnya yang agak kecewa.

Terdahulu, Kementerian Kewangan berkata, e-tunai tersebut akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai (cash back), baucar, mata terkumpul atau coins dari aplikasi e-tunai tersebut. – K! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI