fbpx

[VIDEO] Kelibat lebai kenit depan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan kelibat seperti kanak-kanak berjubah putih dan memakai serban di hadapan Masjid Kongsi Balik Pulau Jumaat lalu.

BALIK PULAU – Satu rakaman video yang memaparkan kelibat lembaga kecil seperti kanak-kanak memakai jubah dan serban serba putih di hadapan Masjid Kongsi di sini ular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 18 saat itu dirakam kamera papan pemuka seorang pengguna jalan raya pada pukul 11.55 malam, Jumaat lalu.

Menerusi video itu, kelihatan objek menyerupai manusia kenit yang lengkap berjubah putih berada di tepi jalan.

Lokasi berkenaan merupakan kawasan perkampungan penduduk dan terletak berhampiran Pekan Kongsi di sini.

Rata-rata netizen mempersoalkan sama ada ‘lebai kenit’ adalah manusia, namun tidak mempunyai kaki dan tangan.

Kehadiran Lebai Kenit itu di kawasan tersebut dipercayai bukan kali pertama kerana ada pengguna jalan raya mendakwa pernah terserempak dengannya beberapa kali di kawasan sama.

Seorang pengguna media sosial mengesahkan perkara itu dan memberitahu, Lebai Kenit sememangnya wujud, namun tidak mengganggu penduduk dan pengguna jalan raya.

Sementara itu, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Shahril, 32, mendakwa, kelibat itu merupakan seorang kanak-kanak yang bermain di tepi jalan bersama dua lagi rakannya.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang kariah masjid selepas video (kehadiran Lebai Kenit) tular di media sosial.

“Kariah lelaki itu memaklumkan kumpulan kanak-kanak tersebut bermain pada waktu kejadian (video dirakam) kerana tiada kenderaan melalui kawasan berkenaan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Shahril memberitahu, kumpulan kanak-kanak itu dikatakan memilih bermain pada waktu malam kerana laluan tersebut lengang. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI