fbpx

Hasut rakyat tidak ambil vaksin boleh dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin

KOTA BHARU – Sebarang penyebaran maklumat mengenai anti vaksin sekali gus menghasut orang lain agar tidak menerima suntikan vaksinasi Covid-19 berupaya dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini, tiga undang-undang sedia ada di negara ini boleh dikenakan terhadap golongan antivaksin termasuk Akta Hasutan 1948.

Katanya, mereka juga boleh disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang dibawah Ordinan Darurat 2021.

“Sehubungan dengan itu, tiada keperluan untuk menggubal satu undang-undang baharu untuk golongan ini. Mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya mengeluarkan kenyataan berbentuk antivaksin, menghasut dan mencabar undang-undang.

“Justeru, antivaksin merupakan satu kesalahan. Jika cakap, mereka sudah boleh dikenakan tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, beliau berharap agar masyarakat tidak menyebarkan maklumat tidak benar sehingga menimbulkan provokasi terutamanya berkaitan Covid-19.

Katanya, kerajaan ketika ini sedang berusaha keras untuk membendung jangkitan Covid-19 dan pemberian suntikan vaksinasi kepada rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI