fbpx

Belanja apakah itu Shah Iskandar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH ISKANDAR

SUATU petang ketika Diva santai-santai sambil menikmati secangkir kopi dan membelek-belek Instagram, tiba-tiba nak tersembur air yang diminum apabila tertengok sekeping foto yang dimuat naik pelakon Shah Iskandar.

Mana tidaknya, foto berkenaan memperlihatkan pelakon itu memakai pakaian sukan ketat dengan benjolan pada seluarnya membuatkan mata Diva naik berpinar.

Mungkin takut dikecam, pelakon kelahiran Kota Singa itu bertindak menutup bahagian komen. Diva rasa kalau dibiarkan ruangan komen itu dibuka, takut nanti ramai pula yang meroyan.

Memang saja Shah ‘pancing’ mata ramai dengan gambar sebegitu. Mustahil dia tidak perasan bahawa seluar yang dipakai sangatlah ketat. Jadi apa tujuannya ya?

Netizen pula memang sentiasa ‘pantau’ kesalahan artis, cepat jadinya tersebar cerita yang bukan-bukan.

Diva nak nasihatkan bukan sahaja untuk Shah Iskandar, tetapi semua selebriti sekalian. Berwaspadalah. Nanti kalau kena kecam berjemaah dengan netizen, jangan salahkan mereka pula. Sendiri cari penyakit.

DIVA: Ramai selebriti yang ‘naik hantu’ semasa daftar vaksin AstraZeneca dah boleh senyum lebar sebab sudah dapat pengesahan janji temu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI