fbpx

239 culas enggan terima suntikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PONTIAN – Seramai 239 orang iaitu empat peratus daripada 5,972 individu yang telah mendaftar dengan aplikasi MySejahtera bagi Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Kebangsaan untuk daerah ini enggan menerima suntikan.

Pegawai Kesihatan Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah ( PKD ) Pontian, Dr. Surinah Asan berkata, alasan yang diberikan mereka tidak mengetahui nama mereka telah didaftarkan oleh ahli keluarga dalam MySejahtera.

Katanya, walaupun mereka telah dipujuk oleh pegawai-pegawainya , namun mereka juga masih enggan dengan memberikan pelbagai alasan termasuk takut kesan sampingan suntikan dan sebagainya.

“Selain itu, terdapat juga 939 orang iaitu 15.7 peratus tidak hadir dengan memberikan alasan tidak mengetahui temu janji sebagaimana yang dimaklumkan melalui MySejahtera.

“Bagi yang enggan hadir dan tidak hadir, kami telah mencari pengganti bagi memastikan proses suntikan berjalan dengan lancar selain mengelakkan pembaziran ke atas vaksin yang telah dibuka atau vaksin yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Pontian, di Dewan Jubli Intan Pontian, di sini hari ini.

PPV di Dewan Jubli Intan diketuai oleh Pegawai Penyelaras Dr. Normasrina Sabari bersama 40 petugas dari PKD Pontian, Pejabat Pergigian Pontuan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Sukarelawan dari Kementeri Belia dan Sukan serta kawalan Keselamatan oleh PDRM.

Tambah Dr. Surinah, bagi fasa pertama, suntikan dos pertama telah diberi kepada seramai 2,147 orang frontliners, sementara dos kedua pula seramai 2,142 orang awam telah menerima suntikan, lima daripadanya enggan meneruskan suntikan.

Manakala bagi fasa kedua, seramai 5,362 individu telah menerima dos pertama, manakala 251 pula telah menerima suntikan dos kedua. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI