fbpx

Talian 999 bukan untuk lapor paranormal- polis Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemanggil menghubung talian kecemasn 999 untuk memberitahu bahawa dia adalah pontianak. – Getty Images

LONDON – Polis Britain mengingatkan orang ramai agar tidak menghubungi talian kecemasan 999 untuk melaporkan sebarang aktiviti paranormal, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Gesaan dibuat susulan polis negara itu menerima banyak panggilan menerusi talian kecemasan tersebut sejak kebelakangan ini daripada penduduk bagi me­laporkan pelbagai kejadian aneh yang menimpa atau dilihat oleh mereka.

Antaranya adalah panggilan daripada seorang wanita dari Greater Manchester, England yang mendakwa ada roh jahat mencuri syampu miliknya.

Rekod panggilan kecemasan menunjukkan dalam tempoh lebih enam tahun, polis Greater Manchester menerima sejumlah 416 laporan yang melibatkan hantu, makhluk asing, zombi atau ahli sihir.

Selain itu, antara laporan lain yang turut diterima adalah panggilan daripada seorang lelaki pada 2011 yang ingin bercakap dengan ahli penangkap hantu atau ghostbuster kerana mendakwa melihat hantu.

Seorang pemanggil dari Wales Utara pula pernah menelefon talian kecemasan 999 semata-mata mahu memberitahu polis bahawa dia ialah pontianak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI