fbpx

PKPD Kuala Berang: Sembilan laluan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Sembilan sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di Kuala Berang di sini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim itu berkuatkuasa esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, penutupan jalan itu termasuk di empat laluan tikus yang terdapat di mukim berkenaan.

“SJR tersebut bertujuan untuk mengawal pergerakan penduduk sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD sehingga 11 Jun depan.

“Seramai 80 anggota pelbagai agensi keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia akan ditugaskan mengawal SJR-SJR terbabit,” katanya ketika ditemui sewaktu memantau persiapan SJR Batu 23, Kuala Berang di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, PKPD Kuala Berang melibatkan 23 kampung yang terdapat di dalam mukim tersebut dengan keluasan 7,000 hektar persegi.

Tambah beliau, ia melibatkan 17,000 penduduk daripada 3,400 isi rumah.

“Saya mengharapkan kerjasama masyarakat setempat bagi mematuhi SOP ditetapkan kelak untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam tempoh dua minggu ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI