fbpx

Periksa lokasi panas di aplikasi MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kawasan titik panas dalam radius satu kilometer dalam aplikasi MySejahtera.

PETALING JAYA – Pakar Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr. Mohamad Fadli Kharie menyarankan masyarakat di Kuala Lumpur dan Selangor untuk memeriksa kawasan titik panas pada aplikasi MySejahtera untuk melihat sendiri betapa banyaknya kes aktif dalam radius satu kilometer dari lokasi mereka berada.

Sepanjang pandemik Covid-19 beliau telah berkhidmat di pelbagai tempat berbeza antaranya menjadi pegawai penyiasat di bilik gerakan Pejabat Kesihatan Daerah, menyusun pesakit yang dirujuk untuk logistik termasuk mengurus data pada peringkat kebangsaan.

Beliau berkata, setiap kes positif akan digeokod setiap hari dan koordinasi kes akan dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera untuk tujuan tersebut.

“Dahulu kes-kes aktif diasingkan terus ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 namun sekarang ada kemungkinan seseorang yang positif itu mengambil masa beberapa hari sebelum dihubungi pihak kesihatan kerana jumlah kes yang tinggi di kebanyakan daerah,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook beliau.

Jelasnya, bagi individu yang positif tanpa memakai gelang merah jambu dengan kesedaran kesihatan yang tidak seberapa, mereka mungkin berkeliaran dalam kalangan masyarakat.

“Dahulu jumlah yang mencecah puluhan kes sudah cukup untuk meletakkan sesebuah kawasan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan kita tahu keadaan semakin genting apabila semakin ramai rakan atau saudara memberitahu yang mereka atau ahli keluarga mereka positif.

“Dalam radius satu kilometer bermaksud ada kebarangkalian kita bertembung dengan kes Covid-19 semasa bersesak-sesak membeli barang keperluan, menunggu cucian kering atau ketika mengisi petrol di stesen minyak,” katanya.

Menurut, Mohamad Fadli dalam situasi peningkatan jumlah pesakit, pemilihan kes perlu dilakukan dengan kes-kes kritikal perlu diutamakan dan segera dimasukkan ke hospital manakala kes-kes lain perlu menunggu dahulu dan akan dihantar trip demi trip sama ada menggunakan van atau bas.

“Jaga diri kita masing-masing. Jangan keluar jika tiada keperluan mendesak. Banyakkan bersabar, jaga diri baik-baik dan doakan segala urusan kita, ahli keluarga dan insan yang disayangi dipermudahkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI