fbpx

Peluang keemasan Kim Young-dae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM YOUNG-DAE

MASIH sibuk di lokasi dengan penggambaran The Penthouse 3, pelakon meningkat naik Kim Young-dae disahkan bakal hadir dengan drama siri popular, School 21 tidak lama lagi.

Perkara tersebut disahkan Young-dae sendiri dan menyifatkan tawaran menyertai drama bersiri popular berkenaan sebagai satu peluang keemasan buatnya sebagai pelakon.

“Disebabkan ini drama bersiri tradisi School, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan ke semua penonton seronok menonton siri terbaharu nanti.

“Saya boleh merasai watak Jung Young-joo ini kerana dia mempunyai jalan cerita dan watak tersendiri,” katanya.

Untuk rekod, School dimulakan pada tahun 1999 dengan School 1 dijayakan menampilkan Jang Hyun dan Choi Kang-hee sebagai bintang utama.

Naskhah tersebut kemudiannya menjadi platform kepada ramai pelakon sehingga dikenali ramai. Antaranya ialah Ha Ji-won, Im Soo-jung, Gong Yoo, Jo In-sung, Lee Jong-suk, Kim Woo-bin dan Nam Joo-hyuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI