fbpx

Wujud kluster raya, punca kedegilan rakyat – Shahrulezad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRULEZAD

PETALING JAYA – “Nak kata aku tak sensitif? Pergi mati semua. Aku dah penat cakap baik-baik, nasihat elok-elok.”

Itulah luahan perasaan oleh pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin atas kedegilan segelintir masyarakat dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama larangan pulang ke kampung ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Ujar pengarah yang turut dikenali sebagai Budak Ijad itu, peningkatan kes harian positif Covid-19 di negara ini adalah berpunca daripada sikap degil masyarakat apabila berpusu-pusu pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

“Kluster raya baru muncul. Kes harian sehingga mencecah 7,000 lebih belum termasuk kes daripada kluster raya!

“Kluster-kluster yang muncul dari kereta berderet-deret tersangkut dekat lebuh raya ketika hari raya baru-baru ini walaupun kerajaan dah larang jangan balik kampung, tapi tetap degil,” luahnya dalam Instagram.

Ujar pengarah drama Nur itu lagi, sampai satu tahap dia sudah merasa muak untuk memberi nasihat kepada masyarakat kerana sikap mereka yang degil untuk mematuhi SOP bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Aku dah penat cakap baik-baik. Pujuk rayu dalam media sosial supaya jangan pentingkan diri sendiri. Tolong duduk rumah. Tolong berkorban sikit (tidak pulang ke kampung).

“Kalau lepas ini mak ayah kamu atau keluarga kami yang kena (positif Covid-19) angkara kesombongan dan kedegilan kamu, perlu ke aku berasa kasihan dan simpati? Aku tepuk tangan sahajalah!” katanya.

Tambahnya Ezad lagi, dia turut meminta orang ramai supaya tidak marah jika ada dalam kalangan ahli keluarga mereka yang degil itu nazak akibat Covid-19, namun tidak dapat menerima rawatan sewajarnya kerana kekurangan katil di hospital.

“Dengan katil hospital makin tak cukup. Dengan petugas barisan hadapan yang semakin penat. Dengan keadaan semakin nazak. Jangan marah kalau ada ahli keluarga terpaksa nazak seorang diri
dekat kampung atau rumah masing-masing sebab tidak ada tempat nak pergi (hospital)

“Tak guna nak menyesal. Bacakan surah Yassin sahajalah beramai-ramai,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ezad berkata dia sebenarnya menangis kerana geram atas kedegilan individu lain yang tidak bertanggungjawab sehingga tergamak menjadi pembunuh kepada ibu bapa sendiri.

“Aku tak tahu nak rasa apa. Ini adalah akaun media sosial saya dan saya akan memuat naik apa sahaja hantaran termasuk hantaran kekecewaan seperti ini.

“Sesiapa yang tidak puas hati atau tersinggung, dipersilakan sekat atau buang sahaja aku daripada senarai rakan kalian dalam media sosia. Aku tak perlukan orang degil sombong ‘pembunuh’ sebagai peminat atau kawan aku. Anda semua sampah!” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN