fbpx

724 ditahan ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 724 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP PKP, semalam. -Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 724 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 712 individu telah dikompaun manakala 12 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (227), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (148) dan tidak memakai pelitup muka (130).

“Kesalahan lain dilakukan ialah tidak patuh arahan kawalan pergerakan (68), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (63) dan lain-lain (88),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Op Benteng menyaksikan seramai tiga rakyat tempatan ditangkap manakala tiga buah kenderaan darat dirampas.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 177 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglihatan.

“Seramai 15 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) turut diusir menerusi dua aktiviti pengusiran,” katanya yang turut memaklumkan, sebanyak 585 sekatan jalan raya dilaksanakan pihak berkuasa semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI