fbpx

200 pesakit Covid -19 ditempatkan di SMK Kampung Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMK Kampung Laut, Tumpat merupakan PKRC ke-13 di Kelantan yang menempatkan seramai 200 pesakit Covid-19 dari Kepulauan Tumpat.

KOTA BHARU – Seramai 200 pesakit Covid-19 dari Kepulauan Tumpat ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat yang mula dibuka hari ini.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, pesakit-pesakit yang ditempatkan di PKRC yang ke-13 di Kelantan itu khusus untuk mereka yang berusia 35 tahun ke bawah dari Teluk Renjuna, Pulau Beluru, Pulau Seratus dan Pulau Suri.

Katanya, bagi pesakit 35 tahun ke atas dari Kepulauan Tumpat pula, kebanyakan daripada mereka ditempatkan di PKRC di sekitar Kota Bharu.

“Saya tiada maklumat mengenai keseluruhan jumlah penduduk di empat buah pulau itu yang positif Covid-19. Bagi pesakit di PKRC SMK Kampung Laut, sebanyak 50 buah katil lagi ditambah untuk menampunh keperluan pesakit ketika ini.

“Sehubungan dengan itu, kita sedang mencari lokasi sesuai untuk membuka PKRC baharu di Kelantan memandangkan peningkatan kes ketika ini. Keadaan itu menyebabkan 12 PKRC di sini sudah hampir penuh,” katanya ketika ditemui pemberita di PKRC Dewan Jubli Perak di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI