fbpx

Wanita Thailand ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek merupakan lelaki tempatan dan wanita warganegara Thailand

JERANTUT – Dua individu yang dipercayai baru kira-kira dua bulan bergiat aktif mengedar dadah di sekitar daerah ini berjaya ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Teratai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, lelaki tempatan berusia 31 tahun dan wanita Thailand berusia 51 tahun itu ditahan hasil risikan yang dilakukan pihak polis.

“Semasa serbuan kedua-dua individu berkenaan sedang berada di ruang tamu dan pemeriksaan badan tidak menemukan barangan salah.

“Polis kemudiannya membuat pemeriksaan di rumah berkenaan dan menemukan satu peket plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 19 gram dan satu peket dadah jenis heroin seberat 25 gram dalam sebuah almari,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Mazlan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan siasatan masih diteruskan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI