fbpx

Pelawak Rama meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Rama disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi.

PETALING JAYA – Aktor dan pelawak veteran, Rama atau nama sebenarnya Ramasundran Rengan, 57, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sekitar pukul 2 pagi tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, industri seni negara kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi dan pengarah berdedikasi.

“Hari ini Ramasundran Rengan menghembuskan nafas terakhirnya, meninggalkan kenangan manis kepada semua sahabat.

“Salam takziah buat isterinya, Kamala dan keluarga. Selamat tinggal Rama. Semoga tenang di sana,” katanya menerusi hebahan di Facebook rasmi persatuan tersebut.

Rama cukup dikenali peminat sitkom Melayu sejak awal 1990-an lagi terutama dengan watak yang menyerlah sebagai Rajoo dalam Spanar Jaya selain Jangan Ketawa.

Beliau juga aktif dalam persatuan dan giat melaksanakan kerja amal di bawah beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Terdahulu, Seniman memaklumkan Rama yang mempunyai sejarah penyakit jantung di bawa ke bahagian kecemasan HKL selepas mengalami bengkak kaki tengah malam tadi.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian doktor mengesahkan pelakon itu sudah meninggal dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN