fbpx

Lame, bintang TikTok paling popular di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video-video Lame kebiasaannya tidak mempunyai dialog, dan dia hanya berinteraksi dengan menggunakan bahasa tubuh dan mimik mukanya yang bersahaja. – TikTok Khaby.lame/MailOnline

TURIN, ITALI – Seorang lelaki berjaya mengumpul 58.9 juta pengikut menerusi aplikasi TikTok sekali gus menjadi bintang TikTok paling popular di Itali selepas memuat naik pelbagai video memperlekehkan tips menyelesaikan masalah harian (life hack), lapor portal MailOnline kelmarin.

Akaun Khaby Lame, 21, diikuti ramai pengguna susulan aksinya yang memaparkan parodi tips menyelesaikan masalah harian. Videonya menyaksikan dia menggunakan cara lebih mudah dengan reaksi wajah bersahaja, tanpa dialog.

Antara videonya yang paling kerap ditonton adalah parodi seorang pengguna TikTok lain yang menggunting bajunya kerana tersepit pada pintu kereta.

Lame dengan wajah selamba melakonkan semula aksi itu, namun menggunakan cara lebih mudah iaitu membuka pintu kereta bagi melepaskan bajunya yang tersepit.

Video tersebut menerima 158 juta tontonan setakat ini.

Setakat ini, laman TikTok Lame mempunyai lebih 58 juta pengikut dan 791 juta tanda suka.

Video-videonya kebiasaannya tidak mempunyai dialog, dan dia hanya berinteraksi dengan menggunakan bahasa tubuh dan mimik mukanya yang bersahaja. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI