fbpx
Gerhana bulan penuh atau dipanggil 'Super Flower Blood Moon' akan menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit.

Gerhana bulan penuh petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Fenomena gerhana bulan penuh atau ‘Super Flower Blood Moon’ boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia bermula pukul 4.47 petang sehingga pukul 9.50 malam ini.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah, berkata, fenomena gerhana bulan penuh yang kali terakhir terjadi pada tahun 2018 itu hanya boleh dilihat di Semenanjung sahaja.

“Fenomena gerhana bulan hari ini akan berlaku selepas bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee) dengan jarak 357,309 kilometer (km) yang akan berlaku pada pukul 4.47 petang dan berakhir pada pukul 9.50 malam.

“Bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena gerhana ‘Super Flower Blood Moon’ hanya kelihatan ketika fasa gerhana maksimum,” ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, masyarakat yang berada di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan proses pembentukan fenomena gerhana itu lebih awal,

Jelansya, orang ramai juga boleh menyaksikan fenomena tersebut menerusi akaun media sosial Facebook dan YouTube Planetarium Negara. – K! ONLINE

POPULAR