fbpx

Fenomena gerhana bulan penuh separa di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON –  Fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku dapat disaksikan secara separa dekat sini bermula sekitar pukul 7.25 dan berakhir kira-kira pukul 8.52 malam tadi.

Ketua Unit Baitul Hilal, Muzamir Mazlan berkata, ia susulan awan agak tebal yang menutupi bulan susulan monsun barat daya ketika ini.

“Gerhana bulan penuh ini juga akan berlaku cukup istimewa kerana berada dalam kedudukan Perigee di mana orbit bulan itu berkedudukan paling dekat dengan bumi. Jadi, ada perkara menarik yang kami boleh lihat terutama di sebelah pantai iaitu air pasang besar sampai ke tebing.

Muhammad Faisul Ayob, 36, berada di persisiran Pantai Cermin, Port Dickson ketika air pasang besar sewaktu fenomena gerhana bulan penuh malam ini. –  MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

“Pada hari ini, tiada rezeki untuk melihat gerhana bulan penuh disebabkan faktor awan yang agak tebal dan kami hanya dapat dalam beberapa minit. Bagaimanapun, kami hanya dapat melihat fenomena gerhana separa yang menunjukkan bayang akibat awan yang tebal,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Cerap Baitul Hilal, dekat sini hari ini.

Menurutnya, Port Dickson antara lokasi tumpuan bagi peminat astronomi bagi melihat fenomena gerhana bulan.

“Pada tahun depan, orang ramai dijangka dapat melihat fenomena gerhana bulan pada November
namun ia bergantung cuaca pada masa itu.

“Kali terakhir gerhana bulan penuh dapat dilihat adalah pada Julai 2018 kerana keadaan cuaca yang baik ketika itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI