fbpx
Uqasha ditegur netizen gara-gara mengabaikan kebersihan ketika menyediakan makanan ringan yang dijualnya.

Ditegur abai kebersihan, Uqasha Senrose ubah ‘penampilan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gara-gara dikritik selepas didakwa mengabaikan kebersihan ketika menyediakan makanan ringan jualannya iaitu Choco Jar, pelakon Uqasha Senrose tampil dengan video terbaharu lengkap memakai tudung, pelitup muka dan sarung tangan.

Menerusi video terdahulu, ramai pengikutnya dalam Instagram mempersoalkan cara pengendalian makanan oleh Uqasha apabila tunang kepada Kamal Adli itu tidak menutup kepalanya dan memakai sarung tangan.

“kenapa tak pakai gloves (sarung tangan)? Pegang rambut lepas tu pegang telefon. Lagi satu kenapa tak tuang terus dalam bekas? Kenapa kena daripada senduk ke jug? Lepas tu baru ke bekas. Tak ke lambat?” tegur seorang pengguna media sosial.

Bagi memberikan respon atas teguran tersebut, Uqasha kemudiannya kemudian muncul semula di Live Instagram dengan mengikuti panduan pengendalian makanan yang betul apabila mengenakan pelitup muka dan memakai sarung tangan.

Kesedaran yang dipamerkan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, mendapat pujian netizen apabila dia dikatakan tidak cepat melatah walaupun selepas ditegur peminatnya.

Rata-rata pengikutnya memuji pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana bersikap profesional dan tidak marah-marah apabila dikritik peminatnya.

“Bagusnya Uqasha. Selepas ditegur, terus tutup rambut (bertudung), pakai sarung tangan. Tak ada nak marah-marah, meroyan!” puji peminat.

Sekadar info, Uqasha kini sedang menjalankan perniagaan mengusahakan makanan ringan Choco Jar Homemade jenama Sweet & Coco sejak beberapa minggu lalu. -K! ONLINE

POPULAR