fbpx

Rangka pendidikan Taylor’s persiap graduan tenaga kerja masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEPERLUAN kemahiran tenaga kerja di Malaysia yang kian berubah menyebabkan para mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kebolehan untuk masa hadapan. 

Rata-rata majikan menilai individu melihat kepada kebolehpasaran graduan adalah berdasarkan kemahiran serta pengalaman kerja dan tidak hanya kelayakan akademik sahaja. 

Ini kerana, persediaan mahasiswa dengan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja mampu  menyiapkan pelajar dengan alam pekerjaan dan membina portfolio serta kemahiran kepimpinan.

Meskipun pengajian dilaksanakan secara dalam talian, Universiti Taylor’s mengambil kira pertumbuhan menyeluruh aspek intelektual, mental dan emosi pelajar melalui pendekatan ekosistem memupuk kreativiti serta kolaborasi pelajar.

Peka dengan perubahan keadaan semasa, Universiti Taylor’s mengubah pendekatan mereka melalui Rangka Kurikulum Taylor’s (TCF).

Pelajar di Taylor’s turut mendapat faedah menghadiri modul kemahiran hidup dikendalikan oleh pelatih khusus, mengerjakan projek industri, serta menghadiri kelas dalam mod hibrid.

Asah kepimpinan melalui program sukarelawan

Mengasah kemahiran dalam pelbagai cabang disiplin berasaskan pengetahuan teknikal dan minat mahasiswa adalah bukan perkara mudah terutama dalam musim pandemik. 

Namun, bukan penghalang bagi Penuntut South Australian Certificate of Education International (SACEi), Aqif Addy Zulkifly untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menjadi sukarelawan dan fasilitator. 

Kata Aqif, antara aktiviti kesukaannya adalah menjadi fasilitator dalam program tuisyen percuma untuk pelajar kurang berkemampuan yang dianjurkan oleh Kolej Taylor’s Make a Difference Union.

Aqif menjalankan sesi tutor program tuisyen percuma anjuran “Kolej Taylor’s, Make A Difference” (MADU) secara dalam talian.

“Kaedah yang dipraktikkan adalah teknik menjawab soalan peperiksaan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

“Saya menggunakan bahan dari sumber pelbagai antaranya, internet, buku rujukan peribadi terdahulu dan proses tutor ini dilaksanakan secara dalam talian,” kata Aqif. 

Secara keseluruhan, sesi tutor memberi kepuasan kepada diri apabila dapat menjadi sukarela dalam membantu pelajar dengan pendidikan mereka. 

Lebih-lebih lagi, sebagai tutor, beliau juga mendapat manfaat daripada program ini kerana dapat menimba ilmu dan mengulang kaji pelajaran sepanjang tunjuk ajar.

Pengalaman mematangkan pemikiran

Kenangan Aimi (barisan hadapan dua dari kiri) bersama rakan-rakan kelas pada tahun 2018.

Bagi pelajar Universiti, ‘guru’ yang terbaik adalah datang dari pengalaman. 

Setiap pengalaman yang dilalui terbukti membantu seseorang mahasiswa memahami satu perkara dari sudut pandang berbeza serta perspektif baharu. 

Berkongsi pengalaman, Aimi Hamizah pelajar tahun akhir Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan berpendapat setiap peluang menyertai kuiz dan pertandingan perubatan antara universiti di peringkat global dan nasional dapat meluaskan pemikiran serta meningkatkan tahap keyakinan diri. 

“Berjaya merangkul gelaran naib juara dalam Global University Medical Challenge 2018, membuktikan bahawa Universiti Taylor’s setaraf dengan universiti lain di peringkat global. 

Menyedari hakikat kekangan ketika musim pandemik, Aimi menceburkan diri dalam perniagaan dan bidang keusahawanan dalam talian dan beliau mengguna pakai pengalaman lalu dalam perniagaannya.

Bercadang untuk mengembangkan perniagaan sementara menunggu panggilan sebagai doktor pelatih, Aimi menyediakan khidmat konsultasi makanan tambahan organik serta produk penjagaan kulit. 

Turut sama berkongsi pengalaman,  Fatin Hanani Abd Fattah yang merupakan Jawatankuasa Perhubungan Pelajar di asrama Kolej Taylor’s berkata, penyelarasan acara bersama rakan sepasukan secara dalam talian turut memberi banyak pengajaran.

Fatin (kanan) bersama rakan-rakan asrama Taylor’s sewaktu bertugas sebagai Jawatankuasa Pelajar.

“Terutama sekali apabila melibatkan proses mencari idea dan tema baru untuk acara adalah proses paling mengujakan serta melihat respons baik dari orang ramai,” kata Fatin. 

 Pupuk kesedaran menjaga alam

Syauqi bersama rakan-rakan ketika menyertai aktiviti sukarela alam sekitar di Bukit Gasing, Petaling Jaya pada tahun 2019.

Pelajar tahun dua Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Muhammad Syauqi Ishak, berkongsi mengenai kepentingan kesedaran menjaga alam sekitar bagi memastikan kelangsungan habitat flora dan fauna. 

“Aktiviti luar kampus sebegini  sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan apabila mendengar serta dapat menikmati kesejukan deruan air sungai serta dapat  menghirup udara segar.  

Turut tidak ketinggalan, Aqif Addy Zulkifly turut merasakan program kesedaran menjaga alam sekitar adalah sesuatu yang amat dihargai. 

Aqif ketika menyertai projek video WWF Earth Hour Competition 2021.

Menyertai projek Video WWF Earth Hour Competition 2021 adalah antara perkara yang saya tidak dapat lupakan. 

Program ini bertujuan menunjukkan kepentingan memelihara alam semula jadi dan mengekalkan usaha untuk menyelamatkan hidupan liar serta hutan di seluruh dunia melalui video pendek mempromosi inisiatif ini.

Taylor’s destinasi pendidikan anda 

Universiti Taylor’s telah melahirkan lebih 70,000 graduan dan majoritinya berjaya dalam bidang pengajian yang diceburi.

Pembelajaran bersepadu menjadi komponen penting bagi melahirkan graduan yang sentiasa bersedia untuk industri dengan mengaplikasikan pembelajaran dalam memimpin organisasi. 

Pendedahan pelajar kepada projek industri, simulasi praktikal dan penempatan pekerjaan antara cara memperkasakan pelajar dari peringkat awal sebagai persediaan kepada pekerjaan sebenar. 

Dengan sejarah membanggakan dalam bidang pendidikan, Universiti Taylor’s komited untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti bagi bakal mahasiswa di negara ini untuk membangunkan potensi diri mereka.

Selain diiktiraf sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara, Universiti Taylor’s juga mendapat pengiktirafan lima bintang bagi pembelajaran dalam talian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Semester Khas Jun Universiti Taylor’s, sertai Hari Terbuka Digital pada 29 dan 30 Mei 2021 menerusi https://college2.taylors.edu.my/digitalopenday/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI