fbpx

Mayat lelaki cari ketam tersangkut pada akar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasukan anggota bomba membawa mayat lelaki yang dilaporkan lemas ketika mencari ketam Jumaat lalu ditemui hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari ketam di kawasan paya Kampung Melayu Dapur Arang, Gelang Patah, dekat sini, Jumaat lalu ditemui meninggal dunia hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Mohd. Khairi Zainuddin berkata, mayat Zulkifli Amin, 56, ditemukan kira-kira 550 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada pukul 9.40 pagi.

Katanya, pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan memberi tumpuan di kawasan Bendung 4 kerana rakan mangsa memaklumkan mangsa berhajat mencari ketam di kawasan kolam lama itu.

“SAR yang digerakkan berjaya menemukan mayat mangsa yang tersangkut pada akar pokok. Berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, Zulkifli mencari ketam di Bendung 4 sekitar kawasan tersebut sebelum hilang.

“Mayat dibawa ke Jeti Cekur Manis, Gelang Patah di sini dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI