fbpx

13 lagi kes VOC dikesan termasuk satu varian India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak 13 lagi kes Variant of Concern (VOC) termasuk satu kes varian India dikesan melalui survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas sampel Covid-19 dari 17 hingga 23 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes varian India itu merupakan kontak rapat kepada warganegara India yang sama-sama menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan pada 23 April lalu.

Beliau berkata, warganegara India tersebut dikesan positif Covid-19 sewaktu dalam tempoh kuarantin.

“Kes warga tempatan ini mempunyai gejala pada 3 Mei lepas dan menjalani ujian RTK-Ag pada hari sama sebelum dikesan positif RT-PCR keesokan harinya.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dijangkiti varian Indian B.1.671 termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2 adalah sebanyak enam kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, Noor Hisham berkata, 12 kes baharu yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan di Kedah, Perlis, Selangor, dan Johor menjadikan jumlah kes sebanyak 78 setakat ini.

“Lima kes baharu melibatkan varian ini dikesan dalam Kluster Bayan Cenderawasih, saringan kontak rapat (satu),  saringan bergejala (tiga)  manakala tiga lagi kes daripada lain-lain saringan,” katanya

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula hari ini sehingga 7 Jun setelah mengambil kira status perkembangan pandemik Covid-19 di negara yang semakin membimbangkan dan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti.

“Seperti yang diketahui, varian baharu ini mempunyai kadar kebolehjangkitan Covid-19 dan kematian yang lebih tinggi.

“Justeru, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, meningkatkan ujian saringan, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI