fbpx

Wanita ditemui mati tergantung di bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BENTONG – Seorang wanita warganegara asing ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik air sebuah hotel di Genting Highlands di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditemukan tergantung menggunakan seluar tidur yang diikat pada besi langsir bilik air.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati pada hari kejadian mangsa bersama rakan-rakannya sedang berbual di biliknya sebelum tiba-tiba mangsa bergegas ke bilik air dan mengunci pintu sebelum tidak menjawab panggilan daripada rakan-rakanya.

“Setelah pihak polis sampai di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tergantung dalam bilik air menggunakan seluar tidur di rel besi langsir,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa dalam keadaan tertekan disebabkan masalah peribadi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil untuk menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 09-2222222,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI