fbpx
Max Verstappen gembira menjulang podium pertamanya di Monaco bersama pasukan Red Bull Racing.

Verstappen julang kemenangan di Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO – Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen melakukan kejutan apabila menjuarai saingan Grand Prix (GP) Monaco buat julung kalinya malam tadi.

Kemenangan kedua tersebut penting buat Verstappen untuk memberi tentangan terutama dalam perebutan gelaran dunia Formula Satu (F1) musim ini terutama kepada pemandu Mercedes, Lewis Hamilton yang telah meraih tiga kemenangan.

Hamilton yang menamatkan saingan di kedudukan ketujuh di Monaco sekali gus memberi peluang kepada Verstappen memimpin carta kedudukan dengan 105 mata buat pertama kali dalam kariernya dan meninggalkan Hamilton dengan perbezaan empat mata.

“Sangat istimewa untuk menang di sini dan ini kali pertama saya menaiki podium di Monaco. Pada perlumbaan di sini, saya akui anda perlu fokus dan tidak boleh melakukan kesilapan. Perkara utama adalah taktikal hentian pit untuk menukar tayar.

“Bila saya lihat pasukan lain mula menukar tayar lebih awal ia memudahkan saya untuk menguasai perlumbaan ini. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini,” kata Verstappen.

Pada saingan tersebut, pemandu Ferrari, Charles Leclerc yang sepatutnya berpeluang untuk menjuarai kemenangan di laman sendiri selepas memulakan saingan di petak pertama bagaimanapun pulang hampa apabila jenteranya berdepan kerosakan dan tidak bersaing dalam perlumbaan tersebut.

Keadaan itu memberi peluang kepada Verstappen untuk memulakan saingan di baris hadapan sekali gus menjuarai kemenangan keduanya pada musim ini.

Meskipun Ferrari kecewa dengan masalah itu namun pasukan Itali itu boleh tersenyum apabila Carlos Sainz menghadiahkan podium pertama mereka selepas mengakhiri saingan di kedudukan kedua.

Sementara itu, pemandu pasukan McLaren, Lando Norris dilihat semakin berbisa apabila meraih podium setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. – K!ONLINE

POPULAR