fbpx

Stadium Sultan Ibrahim bakal ada kolam renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran kolam renang dan lounge yang bakal dibina di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor yang dikongsikan JDT dalam laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

\JOHOR BAHRU – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak pernah ketandusan idea memberikan yang terbaik buat penyokong kelab bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Tidak lama lagi ahli kelab JDT berpeluang menyaksikan perlawanan membabitkan skuad Harimau Selatan di stadium tersohor itu sambil berenang di kolam renang yang akan dibina.

Pembinaan kolam renang dan lounge di stadium berkenaan dimaklumkan di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers hari ini.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menaiktaraf Stadium Sultan Ibrahim dengan menyediakan kolam renang dan ‘lounge’ untuk ahli kelab tidak lama lagi.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pihak pengurusan JDT sentiasa mencari pelbagai cara untuk memastikan pengalaman terbaik dinikmati di Stadium Sultan Ibrahim.

“Maklumat lanjut mengenai keahlian kelab akan diberitahu dalam jangka masa terdekat. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut kenyataan yang disiarkan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Facebook rasmi kelab terbabit turut memaklumkan bahawa pembinaan pusat latihan JDT baharu kini dalam proses mengikut jadual.

Kenyataan itu turut memberi bayangan bahawa pusat latihan baharu yang terletak bertentangan Stadium Sultan Ibrahim serba canggih terbabit dijangka bertaraf dunia dan lengkap dengan pelbagai jenis padang.

“Kawasan untuk pusat latihan JDT yang baharu di Iskandar Puteri sedang dibersihkan menjelang pembinaannya.

“Pusat latihan baharu itu dilengkapi dengan pelbagai jenis padang termasuk padang tiruan dan ‘indoor’, stadium mini, asrama belia, gimnasium, pejabat-pejabat, pusat medikal, kolam renang, auditorium dan banyak lagi,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI