fbpx

Netizen ubah maklumat bandar Nilai di Wikipedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar maklumat mengenai bandar Nilai di Wikipedia yang telah diubah oleh netizen.

PETALING JAYA – Carian maklumat mengenai bandar Nilai yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan di laman Wikipedia diubah suai oleh tangan nakal netizen hari ini.

Perkara itu dipercayai mempunyai kaitan dengan isu rentas negeri oleh selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd. Noor, atau Neelofa bersama suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail.

Tinjauan Kosmo! mendapati pengubahsuaian itu dibuat beberapa kali oleh individu tidak dikenali bermula pagi tadi sehingga tengah hari tadi.

Carian dalam bahasa Inggeris mengenai bandar tersebut di Wikipedia kini memaparkan bahawa Nilai 3 kini dipengaruhi oleh frasa ‘Carpe diem’.

“Baru-baru ini, Nilai 3 banyak dipengaruhi dengan frasa “Carpe diem” yang diterjemahkan oleh orang tempatan sebagai “mau beli karpet mestilah diem-diem”,” tulis hantaran itu.

Isu Nilai 3 kini hangat diperkatakan di laman sosial sehingga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membuat ciapan mengusik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengenai Nilai 3 yang dikatakan telah ‘berpindah’ ke Selangor.

Terdahulu, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan suami isteri itu selepas video pasangan itu sedang membeli karpet di Nilai 3 tular.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab Rahman, keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN