fbpx

Janna Nick paranoid kenapa tiada total lockdown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA melahirkan rasa kesal apabila pihak kerajaan tidak mengumumkan pelaksanaan total lockdown.

PETALING JAYA – Sedih dan paranoid dengan jumlah kes Covid-19 semakin mencanak, pelakon dan pengacara Janna Nick menzahirkan kerisauan mengapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh (total lockdown) masih belum dikuatkuasakan.

Pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner, 26, itu, bimbang dengan peningkatan kes positif Covid-19 dalam negara ketika ini.

“Dahulu kes tiga angka kita ‘yak yak yeh’ tetapi sekarang sudah hampir mencecah lima angka. Hendak keluar rumah pun jadi takut dan paranoid sampaikan bermacam jenis cecair pembasmi kuman dibawa.

“Kalau tak keluar pergi kerja kena saman pula sebab langgar kontrak. Maaf kerana luahkan sebab kes sudah meningkat tetapi tetap tak mahu PKP penuh,” luahnya dalam entri Instagram semalam.

Tambah pengarah telefilem Jeti itu, PKP 3.0 yang dilaksanakan ketika ini juga tidak menunjukkan sebarang tanda pengurangan jumlah kes jangkitan.

“Kita semua tahu pelaksanaan PKP3.0 ini tidak akan turunkan kes. Maaf membebel kerana saya agak terkilan dan sedih dengan situasi sekarang,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Pasal Kau itu turut mempersoalkan arahan kuarantin kendiri di kediaman masing-masing oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kuarantin kendiri? Kalau syarikat itu bapa kita punya bolehlah kuarantin. Jika tak, selagi tidak positif, selagi itulah terpaksa keluar bekerja.

“Lagi satu? Ingat berlakon boleh pakai pelitup muka? Bukan hendak merungut tetapi risaukan orang lain dan keluarga kerana takut jadi individu pembawa virus secara senyap.

“Kepada yang terpaksa keluar bekerja, saya doakan anda semua dijauhi daripada virus ini,” katanya lagi.

Semalam, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan kerajaan tidak akan melaksanakan PKP penuh buat masa sekarang selepas meneliti kepentingan ekonomi rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI