fbpx

Perintah berkurung penuh hanya melibatkan kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula ‘total lockdown’ atau perintah berkurung penuh seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang dilakukan tahun lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya ia cuma dikenakan di lokaliti yang diwartakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kita tidak mahu PKP 3.0 mengulangi semula PKP 1.0 kerana justifikasi dibuat bagi seimbang kepentingan kesihatan dan keperluan rakyat agar mereka dapat lagi terus hidup,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya wartawan pada sesi soal jawab selepas sidang akhbar bersama-sama dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri merujuk negara kerugian sekitar RM2.4 bilion sehari ketika PKP 1.0 dan lebih teruk ialah golongan miskin dari kalangan B40 bergantung pendapatan harian.

Keadaan pada masa awal penutupan itu tahun lepas akibat wabak Covid-19 jelas beliau, menyaksikan lebih 800,000 individu dibuang kerja apabila banyak operasi syarikat ditutup.

“Saya difahamkan, banyak kes kemurungan berlaku dan tahap kesihatan mental rakyat agak terjejas disebabkan tiada pendapatan apabila sektor ekonomi langsung ditutup,” tambahnya.

Justeru, ujarnya, PKP 3.0 dilaksanakan sejak 12 Mei lalu tidak menyaksikan ‘total lockdown’ seperti tahun lepas dan lebih bersasar kepada lokaliti dikenakan PKPD yang lebih kecil.

Usaha itu juga katanya, memudahkan pihak berkuasa memantau pergerakan penduduk apabila sekitar kawasan terlibat dipasang kawat berduri dan dikawal 24 jam oleh tentera. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI