fbpx

Sekolah Sains Raub (Semesta) dikenal pasti punca penularan kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta) Raub

RAUB – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang mengenal pasti terdapat penularan kes Covid-19 yang berpunca daripada Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta) Raub di sini.

Menurut kenyataan jawatankuasa berkenaan, kesemua pelajar dan kakitangan Semesta Raub serta ahli keluarga mereka diminta tampil menjalani ujian saringan Covid-19 secepat mungkin.

“Sehubungan itu diminta agar individu terlibat menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk temujanji bagi ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu saringan.

“Kerjasama anda sangat diperlukan demi keselematan warga negeri Pahang,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Semesta atau dikenali Sekolah Sains Raub merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan berasrama penuh terletak di Raub yang menempatkan pelajar terpilih daripada seluruh negara.

Difahamkan kesemua pelajar sekolah berkenaan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dua minggu lalu iaitu pada 7 Mei sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Pegawai Daerah Raub, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, pihaknya telah meminta pihak sekolah dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar memaklumkan kepada semua warga sekolah berkenaan.

Katanya, tindakan segera semua pihak terlibat menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) amat penting dalam mememastikan penularan kes Covid-19 dapat dikurangkan.

“Kita meminta semua individu yang ada kaitan dengan sekolah berkenaan termasuklah pelajar, guru, ibu bapa dan pekerja-pekerja supaya dapat melakukan kuarantin diri dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI