fbpx

Kyrgyzstan buang 1,000 dos vaksin angkara telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaksin rosak itu merupakan sebahagian daripada 20,000 dos vaksin Sputnik V yang didermakan kepada Kyrgyzstan oleh Rusia. - AFP

BISHKEK – Kyrgyzstan terpaksa membuang hampir 1,000 dos vaksin Covid-19 buatan Rusia, Sputnik V selepas plug peti sejuk di sebuah klinik kerajaan dicabut untuk mengecas sebuah telefon bimbit, kata pihak berkuasa negara Asia Tengah miskin tersebut.

Vaksin rosak itu merupakan sebahagian daripada 20,000 dos vaksin Sputnik V yang didermakan kepada Kyrgyzstan oleh Rusia.

Kyrgyzstan memulakan kempen vaksinasi massa pada Mac lalu menggunakan vaksin Sinopharm yang didermakan oleh China tetapi kaji selidik secara online dan barisan orang ramai di klinik-klinik kesihatan menunjukkan permintaan untuk vaksin Rusia jauh lebih tinggi.

Kementerian kesihatan negara itu dikritik berhubung insiden tersebut yang didedahkan oleh pihak berkuasa minggu ini. Kejadian itu berlaku di sebuah klinik kerajaan di Bishkek pada April lalu.

Seorang pegawai tempatan, Burul Asylbekova berkata, semua dos tersebut terpaksa dibuang selepas seseorang mencabut plug sebuah peti sejuk yang menyimpan vaksin Covid-19 untuk mengecas telefon bimbitnya.

Menteri Kesihatan, Alimkadyr Beishenaliyev berkata, kemungkinan perkara itu dilakukan oleh tukang cuci di klinik tersebut.

Kyrgyzstan merekodkan sejumlah 101,878 kes Covid-19 dan 1,735 kematian sejak pandemik bermula tetapi pihak berkuasa mengakui angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

Menurut pihak berkuasa, lebih 50,000 orang daripada 6.5 juta rakyat negara itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI