fbpx

Kampus UTM dipagar kawat duri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa anggota polis dan kakitangan UTM sedang memasang kawad duri di sekitar kampus UTM Skudai susulan PKPD bermula esok hingga 3 Jun depan.

JOHOR BAHRU – Kerja pemasangan kawat duri di sekitar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selesai dilakukan hari ini.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, kerja-kerja pemasangan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Bahagian Keselamatan UTM.

Jelas beliau, pemasangan kawat duri itu dibuat bermula pukul 10 pagi sebelum selesai kira-kira dua jam kemudian.

“Pemasangan kawat duri ini ekoran pelaksanaan PKPD di UTM bermula esok hingga 3 Jun ini.

“Kawat duri berkenaan dipasang di keliling kawasan kampus dengan empat pintu keluar dan masuk disediakan.

“Pintu berkenaan adalah Pos Senai, Pos Ladang, Pos Desa Bakti dan Pos Sri Pulai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kampus induk UTM di Skudai bakal dikenakan PKPD selama 14 hari sehingga 3 Jun ini.

Sementara itu, Ahmad Fauzi turut memberitahu, bekalan makanan kepada warga kampus yang akan menjalani kuarantin akan diuruskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pihak UTM sedang mengumpulkan data bilangan penuntut dan staf yang terlibat untuk diberi kepada MKN,” ujarnya lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI