fbpx

Nora Danish bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA memaklumkan dirinya sudah bebas daripada jangkitan virus Covid-19 hari ini.

PETALING JAYA – Selepas 10 hari menjalani kuarantin, pelakon Nora Danish bersyukur setelah disahkan bebas daripada Covid-19.

“Alhamdulillah gelang sudah digunting. Terima kasih kepada pasukan KKM (Kementerian Kesihatan) yang jaga saya selama 10 hari ni.

“Love you (sayang kamu). Rumah pun dah disanitasi. Terima kasih semuanya. Jangan keluar rumah bila tidak penting,” tulisnya dalam Instagram.

Pada masa sama, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish menerusi InstaStorynya dilihat sudah mula melakukan rutin kebiasaan sebagai isteri dan ibu seperti sebelumnya.

Terdahulu, Nora membuat ujian calitan kerana mempunyai kontak rapat dalam kategori C dan disahkan positif Covid-19 walaupun tidak mempunyai sebarang simptom.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan beberapa selebriti tanah air pernah dijangkiti Covid-19 seperti Alif Satar, Sweet Qismina dan Puteri Aishah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI