fbpx

Bunuh majikan kerana tidak dapat cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kes bunuh seorang majikan oleh pekerja warga Myanmar di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing di Batu Gajah kelmarin.

BATU GAJAH: Berang permohonan cuti tidak diluluskan, seorang lelaki warga Myanmar sanggup memukul majikannya dengan kayu di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing di sini kelmarin.

Mangsa, Kew Nam Wang, 52, yang parah di kepala disahkan meninggal dunia pada pukul 8.35 malam ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian pada pukul 8 pagi itu berlaku susulan pertengkaran antara suspek berusia 23 tahun dan mangsa berkaitan permohonan cuti lelaki itu.

Katanya, suspek kemudian bertindak memukul mangsa menggunakan sebatang kayu di bahagian belakang kepala.

“Pukulan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di kepala manakala suspek melarikan diri dengan menaiki basikal.

“Kejadian itu disaksikan oleh dua rakan senegara suspek dengan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang mengalami pendarahan di otak, retak tempurung kepala dan patah tulang tengkuk itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas lebih 12 jam menerima rawatan.

Katanya, suspek yang melarikan diri itu bagaimanapun berjaya ditahan di belakang kawasan perumahan di Bandar Seri Pengkalan, Pusing pada pukul 6.15 petang, semalam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati premis tersebut mempunyai tiga kamera litar tertutup namun tidak berfungsi sejak setahun lalu.

“Ujian air kencing ke atas suspek mendapati negatif mengambil dadah dan dia direman tujuh hari sehingga Selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI