fbpx

Siren amaran roket kini norma baharu di Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roket dilancarkan ke arah Israel dari selatan Semenanjung Gaza, semalam. - AFP

TEL AVIV – Tentera Rejim Zionis menyatakan bahawa siren amaran  kini menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan penduduk  beberapa kawasan di selatan Israel, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Situasi tersebut jauh berbeza berbanding keadaan aman dan tenteram sebelum konflik  tercetus.

Siren amaran dibunyikan di bandar-bandar utama termasuk Kfar Aza, Nahal Oz, dan Zimrat berhampiran utara Semenanjung Gaza utara.

Setiap kali siren amaran serangan berbunyi penduduk Yahudi  di kawasan tersebut bertempiaran lari untuk pusat-pusat perlindungan bawah tanah. 

Siren  tersebut  dibunyikan bagi memberi amaran kepada penduduk mengenai serangan roket yang bakal dilancarkan ke arah Israel dari Gaza. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI