fbpx
Salah satu sumber kekuatan wanita adalah dengan mendengar kisah yang berkaitan dan berkongsi pengalaman bersama dengan yang lain setiap hari.

My Story Matters ruang bagi wanita berkongsi kisah, pengalaman, masalah bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Syarikat kecantikan, Avon telah memba­n­gunkan galeri My Story Matters, satu program yang berkesan untuk membantu golongan wanita berkongsi pengalaman, menghubungkan kisah dan keperibadian wanita di seluruh dunia serta meraikan penca­paian mereka di samping memberi inspirasi kepada insan lain.

Pengurus Besar Avon Cosmetics (M) Sdn. Bhd., Tan Mei Yen berkata, kebimbangan terhadap wabak koronavirus telah meningkatkan tekanan kepada golongan wanita kerana mereka tidak dapat bersemuka bersama orang tersayang, menghadapi tekanan kewa­ngan, keselamatan kerja dan sesi persekolahan yang dijalankan di rumah.

Menurut beliau, salah satu kunci daya tahan dan sumber kekuatan wanita adalah dengan mendengar kisah dan berkongsi pengalaman bersama yang lain setiap hari.

“Sehubungan itu, melalui My Story Matters, lebih daripada 300,000 cerita telah diterima daripada golongan tersebut dan disumbangkan kepada galeri berkenaan.

“Galeri My Story Matters bertujuan untuk menyatukan orang ramai dalam masa yang sukar kini.

“Kami menyediakan ruang yang dijamin selamat buat lelaki dan wanita untuk berkongsi cerita dan pengalaman mereka yang berbeza, serta berhubung dengan orang lain di seluruh dunia,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan baru-baru ini ini.

Mei Yen menjelaskan, ini adalah cara baharu untuk membantu wanita mengatasi halangan dan cabaran yang dihadapi tanpa prejudis untuk suara mereka di dengar.

“Kami berharap My Story Matters dapat menunjukkan bahawa setiap cerita mempunyai nilai dan layak diberi ke­sempatan untuk didengar dan dikongsi dan tidak boleh dipandang rendah,” ujarnya.

My Story Matters telah dilancarkan ke seluruh dunia sejak bulan Mac 2021 lalu.