fbpx

Lima anggota Abu Sayyaf mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani ketika sidang akhbar berkaitan kejayaan polis Sabah menembak mati lima lelaki dipercayai terbabit sebagai kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG) dalam insiden berbalas tembakan di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort semalam.

KOTA KINABALU – Polis Sabah menembak mati lima lelaki dipercayai terbabit dalam kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG) dalam insiden berbalas tembakan di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, semua lelaki terbabit ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah menerusi operasi Ops Khas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, salah seorang suspek adalah ‘sub leader’ kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Mabar Binda.

Menurut Hazani, suspek juga antara individu yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh kerajaan Filipina.

“Tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno manakala seorang lagi suspek belum dikenal pasti nama.

“Semua suspek ini berusia antara 20-an hingga 40-an,” katanya pada sidang akhbar di IPK Sabah sebentar tadi.

Polis Sabah menembak mati lima lelaki dipercayai terbabit sebagai
kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG) dalam insiden berbalas tembakan di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas pihak berkuasa Filipina, empat suspek yang ditembak mati disahkan sebagai ahli kumpulan ASG.

“Dua yang ditembak mati ini juga disahkan pernah terbabit dalam insiden pengeboman lori tentera pasukan keselamatan Filipina,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai kejadian, Hazani berkata, sewaktu pihaknya melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit, seorang lelaki dikatakan membuka pintu secara tiba-tiba sebelum melepaskan tembakan ke arah polis.

Ujarnya , beberapa lagi suspek lain yang bersenjatakan pistol dan parang turut keluar dan melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan.

“Pasukan polis terpaksa membalas tembakan dalam usaha mempertahankan diri dan menghentikan ancaman.

“Serangan berjaya dihentikan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima lelaki telah ditembak mati.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada suspek memegang pistol manakala tiga lagi bersenjatakan parang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI