fbpx

Jaringan Alisson kelas dunia – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP memeluk Alisson sebagai tanda penghargaan kepada penjaga gol The Reds itu yang berjaya membantu Liverpool memenangi aksi menentang West Brom di Stadium Hawthornawal pagi semalam.

WEST BROMWICH – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menganggap jaringan penjaga gol, Alisson Becker ketika menewaskan West Bromwich Albion 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Hawthorn awal pagi semalam sebagai sempurna.

Pada perlawanan itu, Alisson menanduk masuk gol kemenangan The Reds hasil sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold ketika permainan berbaki beberapa saat sahaja lagi.

Justeru, kemenangan itu terus menghidupkan peluang Liverpool bagi memburu slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan dengan menamatkan Liga Perdana dalam kelompok empat teratas.

“Saya tahu kami akan berdepan cabaran yang cukup sukar berdepan West Brom hari ini (semalam) kerana mereka sudah mengharungi banyak cabaran musim ini.

“Saya juga percaya saya sudah buat keputusan terbaik dengan membiarkan Alisson untuk naik menyerang. Dia menjaringkan gol yang boleh dikatakan berkelas dunia,” kata Klopp.

Pada masa sama, beliau turut memuji pemain-pemain lain apabila menunjukkan penghargaan terhadap jaringan yang dilakukan Alisson bagi membantu pasukan itu me­ngutip tiga mata.

“Saya gembira untuk lihat rakan-rakan lain turut gembira meraikan jaringannya dengan penuh bersemangat. Dia (Alisson) seorang pemain dan individu yang baik, oleh itu dia disenangi oleh semua orang,” ujarnya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI