fbpx

Isu surat U-Wei, Finas nafi pilih kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria Abdul Hamid

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menafikan wujud pilih kasih dalam pemberian Dana Filem Kenegaraan, sebaIiknya pemilihan dibuat ahli panel secara telus.

Kata Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid, sebanyak 70 permohonan diterima untuk penilaian namun hanya enam saja dapat dipilih bersandarkan kriteria ditetapkan selain menepati tema tahun ini.

“Proses pemilihan mengikut prosedur biasa. Permohonan diterima kemudian dinilai dan akhirnya enam kertas cadangan dipertimbangkan bersesuaian tema semasa dengan bajet RM20 juta yang diperuntukan.

“Berikutan dana yang cukup terhad, panel berwibawa yang diamanahkan menggalas tanggungjawab ini menggunakan tapisan ketat serta hanya dapat memilih filem tepat.

“Tidak bermakna filem lain kurang bagus, cuma temanya berbeza kerana tahun ini kita ketengahkan tema sukan sejajar penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya kepada Kosmo!.

Zakaria berkata demikian bagi mengulas surat terbuka pengarah prolifik, U-Wei Saari, 67, yang mempersoalkan filem kenegaraan arahannya, Wangi Jadi Saksi, tidak diluluskan Finas menerima dana berkenaan.

Menerusi keluhan sama, sutradara yang pernah menerima pelbagai pengiktirafan itu turut mendakwa wujudnya campur tangan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Kata Zakaria lagi, Wangi Jadi Saksi yang dibentangkan U-Wei pada sesi ‘pitching’ merupakan karya epik berlatar zaman Kesultanan Melayu Melaka yang sentiasa malar segar, sekali gus masih masih layak memohon lagi tahun depan.

“Semua proposal yang dihantar ke Finas sangat bagus malah kebanyakannya dihasilkan oleh tokoh hebat dan tersohor dalam industri perfileman negara.

“Saya difahamkan tiada penolakan terhadap kertas cadangan kecuali permohonan tidak mengikuti syarat seperti syarikat bermasalah, kurang pengalaman dan beberapa butiran lain.

“Macam Wangi Jadi Saksi, jika tidak dipilih kali ini, karya yang sama sentiasa relevan untuk diangkat pada masa akan datang, begitu juga dengan filem kenegaraan lain.

“Kami bangga dengan kecenderungan U-Wei untuk terus berkarya kerana beliau adalah tokoh hebat perfileman negara. Finas boleh pertimbangkan naskhah ini untuk permohonan musim depan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI