fbpx

IKEA tarik balik produk Heroisk dan Talrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian produk Heroisk dan Talrika.

PETALING JAYA – Gedung perabot terkemuka, IKEA menggesa semua pelanggan yang telah membeli pinggan, mangkuk, dan koleh Heroisk serta Talrika untuk berhenti menggunakannya.

IKEA dalam satu kenyataan berkata, langkah itu diambil susulan produk tersebut boleh pecah dan berkemungkinan mengakibatkan melecur disebabkan kandungan yang panas.

“Keselamatan merupakan keutamaan teratas IKEA dan dengan itu kami sedang mengambil langkah berhati-hati serta memanggil balik pinggan, mangkuk, dan koleh Heroisk dan Talrika.

“Produk kami telah diuji serta mematuhi standard dan perundangan yang diguna pakai. Meskipun begitu, kami telah menerima laporan bahawa produk ini telah pecah, namun tidak ada insiden sedemikian yang telah dilaporkan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, IKEA memaklumkan kedua-dua produk jenama berkenaan boleh dikembalikan di kaunter penukaran dan penukaran di mana-mana gedung IKEA untuk mendapatkan bayaran balik.

“Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.

“IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul disebabkan oleh pemanggilan balik produk ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI