fbpx
Kaedah pembayaran alternatif yang direka semasa penularan Covid-19. - Lanourbeauty/Instagram

Transaksi bayaran pintar guna kuku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI – Sebuah salon kuku di Dubai menghasilkan teknik pembayaran pintar dengan menanam cip pembayaran mikro di dalam kuku sebagai kaedah pembayaran, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Lanour Beauty Lounge menghasilkan teknik tersebut sebagai alternatif bagi menggantikan pembayaran menggunakan kad dengan harapan ia boleh digunakan sebagai pembayaran tanpa sentuhan.

Pengasasnya, Nour Makarem berkata dia menubuhkan inisiatif tersebut bagi memikirkan teknik terbaik untuk menyokong perkhidmatan kecantikan sejak bermulanya pandemik Covid-19.

Dalam satu temu bual bersama agensi berita CNN Timur Tengah, Nour berkata salon tersebut mempunyai keupayaan memuat naik data yang dikehendaki pelanggan ke dalam cip mikro itu termasuk kad bisnes digital, akaun Instagram dan juga maklumat WhatsApp.

Sama seperti kad kredit, cip tersebut berfungsi dengan menggunakan teknologi yang menyambungkannya dengan peranti elektrik.

Cip mikro ditanam dalam kuku pelanggan salon kecantikan di Dubai sebagai alternatif pembayaran menggunakan kad fizikal. – Lanourbeauty/Instagram

Nour berkata proses mencipta cip mikro dengan saiz yang cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam kuku adalah mencabar namun ia merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan kad fizikal.

“Kami menghasilkan idea ini untuk menyokong penjarakan fizikal dalam perkhidmatan kecantikan.

“Anda mungkin sering terlupa membawa kad bisnes namun anda tidak akan lupa membawa kuku,” katanya.

Salun itu menambah sehingga kini mereka telah menghasilkan 500 perawatan kuku cip mikro. -Agensi

POPULAR