fbpx

Sukarelawan ditambah kawal trafik di Stadium Malawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di pintu masuk CAC Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini. Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri melaksanakan beberapa langkah dalam menangani penularan Covid-19 termasuk penambahan 150 orang sukarelawan dalam membantu kelancaran operasi khususnya di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati di sini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu hasil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor yang dipengerusikan beliau hari ini dengan beberapa sukarelawan termasuk penjawat awam dan penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Statistik turut mendapati bahawa 48 peratus pengunjung yang hadir ke CAC Stadium Malawati adalah bagi urusan pemotongan gelang kuarantin ataupun penamatan ‘home quarantine’.

“Justeru, kuanter khas akan diwujudkan mulai minggu depan bagi tujuan tersebut dalam mengurangkan kesesakan di CAC stadium berkenaan serta mengurangkan risiko jangkitan kepada mereka yang telah tamat kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, ‘calling centre’ juga akan dilaksanakan oleh para sukarelawan perubatan bertujuan membantu mengurangkan beban di CAC bagi penilaian pesakit di rumah.

Beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengenai penambahan kelengkapan ICU dan jumlah katil bagi pesakit Covid-19 di Selangor.

“Sejumlah 300 katil dan wad ICU akan ditambah, manakala 1,300 katil akan ditambah di MAEPS Serdang.

“Kemudahan seperti 20 unit khemah lengkap dengan kipas, kerusi dan turut ditambahbaik di CAC Petalingi iaitu Stadium Malawati semenjak semalam lagi untuk keselesaan orang ramai,” jelasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI