fbpx

Himpunan serah memorandum depan kedutaan AS disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusuf Azmi (dua dari kanan) ketika hadir ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan memorandum bantahan hari ini. - Foto MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Satu kertas siasatan akan dibuka oleh pihak polis berhubung perhimpunan penyerahan memorandum bantahan keganasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dekat Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihak polis juga akan memanggil penganjur perhimpunan tersebut dalam masa terdekat bagi memberikan keterangan.

“Ketua Polis Balai Pudu yang berada di lokasi kejadian akan membuat laporan polis berhubung perhimpunan tersebut.

“Tiada sebarang memorandum yang diserahkan kerana pihak kedutaan AS tidak mahu menerima. Jadi mereka yang berhimpun hanya melepaskan geram terhadap isu Israel dan Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ashari, dianggarkan seramai 20 ke 25 individu telah hadir ke Kedutaan AS di sini dan mula berhimpun kira-kira pukul 1.45 hingga 2.05 petang.

Terdahulu, sekumpulan individu daripada Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan lain hadir ke Kedutaan AS di sini untuk menyerahkan memorandum bantahan keganasan rejim Israel terhadap Palestin.

Pengerusinya, Yusuf Azmi menerusi satu kemas kini di laman Facebook berkata, penyerahan memorandum berkenaan bagaimanapun gagal dilaksanakan apabila pihak kedutaan terlebih dahulu membuat laporan polis.

“Kami juga gagal mendapatkan kebenaran daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju,”katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI